Info yang aku selalu dengar akhir-akhir ni ada dua :
1) Tsunami dan gempa bumi, atau apa saja bencana alam yang berlaku sekarang mungkin adalah disebabkan oleh HAARP.
2) 2012 : kemungkinan benar meteor akan jatuh ke bumi dan menyebabkan ‘Ad-Dukhan’ yakni jerebu yang teruk seluruh dunia.
1- Tsunami yang berlaku kat jepun tu ada orang cakap amerika yang buat. Entah la. 2 tahun lepas aku ada la dengar pasal HAARP. Highfrequency Active Auroral Research Project. Maka, aku pun cari la balik info pasal benda tu. Aku tengok dokumentari kat youtube. Huhu.
Apa yang aku dapat tahu ; HAARP ni mula-mula diorang buat untuk tujuan ketenteraan udara, Air Force. Lepas tu ramai la orang buat kajian sebab macam ada benda yang tak kena. Ada orang tua yang duduk berdekatan HAARP pernah dengar satu bunyi bising.
“HAARP is a scientific endeavour aimed at studying the properties of ionosphere with particular emphasis of being able to understand and use it to enhance communications and surveillance systems for both civilian and defense purposes.” << ini yang ditulis dalam keterangan US military.
Dibina pada tahun 1993,HAARP adalah sususan 180 antenna besar yang terletak di Gakona, Alaska. Utara Amerika. Setiap antenna mempunyai ketinggian 72 kaki, dan mengeluarkan 3.6 juta watts gelombang ELF (Extremely Low Frequency). Ianya menembak atau menyuntik ELF secara stereo ke atmosfera bumi dan memanaskan Ionosfera.
Ionosfera adalah lapisan yang terletaknya gelombang radio dan petir. Menyerap dan menapis gelombang ultraviolet yang dihasilkan matahari. Antara lapisan paling atas dalam atmosfera bumi. Apabila lapisan ini dipanaskan dengan gelombang ELF, maka ia akan tertolak ke atas seterusnya menyebabkan lapisan lain dibawahnya turut bergerak. Lapisan yang mengandungi air (awan) dan angin berubah dan menyebabkan perubahan cuaca.
| awan yang pelik akibat HAARP |
Apabila kedudukan air dan angin berubah, maka akan berlaku ketidakseimbangan turunnya hujan dan kekeringan(kemarau) yang tak menentu. Bencana alam seperti ribut, banjir, puting beliung, dan juga tsunami pun berlaku. ELF yang dipancarkan ke ionosfera juga boleh mengakibatkan gempa bumi. Kerana gelombang itu terpantul semula ke bumi dan laut.
“Perkara ini diakui oleh US military, tetapi mereka masih menafikan pada orang ramai” kata salah seorang pengkaji HAARP.
Asalnya HAARP dibina untuk mematahkan serangan peluru berpandu dan memusnahkan jet pejuang musuh melalui udara. Tapi dalam masa yang sama, ia juga boleh mengubah cuaca bumi.
Satu perkara lagi, HAARP juga dikatakan boleh mengganggu keadaan emosi manusia. boleh refer kat sumber-sumber seperti ini :
video kiri : 'Conspiracy theory with Jesse Ventura'
video kanan : 'Weather Warfare'
Persoalannya, kalau benar Amerika (baca : ZIONIS) yang buat tsunami (gempa bumi bawah laut atau letusan gunung berapi yang menyebabkan air laut bergelora teruk), kenapa akhir-akhir ni diorang nak buat gempa bumi dekat Jepun?
Haaa.. ada la beberapa info yang agak logik aku dapat, yakni diorang nak jatuhkan ekonomi Jepun. Untuk membenarkan projek NWO ( new world order) berjaya, iaitu memusatkan bank dunia di Israel. Dulu, diorang letupkan WTC, jatuhkan matawang Amerika, (sama tujuan, selain tempoh tentera Dajjal memerintah dunia dari Amerika dah tamat). sekarang diorang jatuhkan matawang jepun pulak..
Setakat ni Amerika mempunyai 5 antenna besar yang serupa HAARP di seluruh dunia.
2- Aku ada baca satu buku ni, penulis tu kata ramalan pasal meteor akan jatuh ke bumi pada 2012. Bila jatuh je, bumi bergegar teruk la kan..lepas tu udara bumi akan tercemar teruk, sebab meteor tu besar. Then, dia relate kan surah Ad-Dukhan.
![]() |
| sekadar hiasan |
Pasal meteor jatuh ni termasuk salah satu dari ramalan untuk 2012, selain pasal planet Nibiru nak lintas. Entah la…benda-benda macamni aku tak boleh nak komen banyak. Sebab, tak ada wahyu yang cerita pun.. tu bila ada orang relatekan jerebu (Ad-Dukhan) akan berlaku disebabkan meteor jatuh, maknanya macam dah ada kaitan dengan wahyu. So, aku macam terfikir kemungkinannya. Huhu.
mungkin masa tu lah pintu-pintu (stargate) bumi akan terbuka. dan dajjal mula masuk ke dimensi kita ( peringkat terakhir : 'hari-hari dajjal akan sama dengan hari-hari kita'.)
tambahan :
Aku terjumpa satu dokumentari dekat youtube (ya, aku memang suka cari info kat youtube! Haha) bertajuk : MASON DI MALAYSIA. Yeah!
Dibawah nama ‘daamxlaws’ mamat ni buat dokumentari pasal freemasonary kat negara kita. Macamana projek Malaysia yang dirancang oleh british dulu. Aku teruja sebab banyak pelapis dokumentari maker yang lahir lepas zaman the arrival. :D
(apa yang aku tulis, mungkin ada silap di mana-mana, maka sila betulkan kalau terdapat.. :p )




0 komen pembaca:
Catat Ulasan