Khamis, 30 Disember 2010

2011, 2012 - Lepas ni Apa?

(haha..gamba memang takde kena mengena~ )

Lama nya tak update blog ni..huhu. mungkin aku dah taktau nak sambung isu apa lagi pasal konspirasi dunia yang sangat satanik. satu, sebab kebanyakan benda dah diberitahu kot.. :p

sekarang ni banyak dah pengkaji-pengkaji dunia konspirasi satanik dah lahir kat internet. banyak yang aku jumpa dekat youtube. diorang buat macam-macam jenis dokumentari. antaranya mamat dari negara jiran ni : dia buat dokumentari pasal muzik industry.


pasal dhani dewa. pastu dia buat dokumentari pasal 'satanisme kebudayaan modern'.


Dia salah seorang pengkaji yang melalui zaman dokumentari the Arrivals & Phase 3. macam aku jugak la. :p

juga blog 'Salafus Sholih' ada berkongsi video pasal konspirasi itu. sangat menarik bagi aku cara dia ceritakan semula dari awal. best~ dan senang faham.



Kat blog Salafus Sholih ni jugak banyak video dokumentari lain yang juga best. :) (macam bongkar iklan tv3 ..huhu)

Post yang sebelum ni aku ada cakap nak cerita pasal filem yang digunakan untuk mengalih cerita sebenar menjadi satu teori konspirasi supaya orang ramai akan menganggap cerita sebenar itu hanyalah teori. (belit pulak ayat aku..) senang cerita, bila satu benda rahsia pasal satanik konspirasi diorang ( freemason, illuminati & kawan-kawannya) terbongkar atau dapat diketahui oleh umum, maka diorang akan gunakan filem untuk mengalih cerita yang terbongkar itu. sebagai contoh filem National Treasure.


Kononnya freemasonry tu adalah satu persatuan rahsia yang menjaga harta negara supaya tidak dicuri. harta yang sangat berharga. harta tu ialah barang-barang sejarah tamadun manusia dari zaman firaun dan sebelum-sebelum tu. diorang tuka dan alih cerita sebenar. supaya konspirasi akan kekal ikut plan dan orang yang taktau cerita sebenar dan malas mngkaji akan percaya dengan cerita tipu yang diorang reka tu.

Samalah jugak macam filem Angels & Demons. pada pandangan aku la, filem ni dia nak ubah dan alih pandangan orang dekat illuminati. kononnya illuminati ni dulu adalah golongan saintis yang dibunuh oleh golongan church (agama). lepas tu anak cucu illuminati ni nak balas dendam dekat church tangkap pope dan bunuh sorang-sorang. kat situ dia tukar cerita sebenar, dia kata illuminati tu golongan saintis. kalau nak ikutkan, memang la penyembah-penyambah syaitan ni juga adalah saintis, tapi dari mana diorang dapat rahsia ilmu sains hebat-hebat tu semua? diorang adalah luciferian yang buat ritual darah. minta tunjuk ajar dari syaitan. diorang tak nak bongkarkan rahsia tu semua.

macamtu la filem diguna untuk alih cerita sebenar ...


Maka, sepanjang tahun 2009 dan 2010 blog jemari sakti dah banyak cerita pasal diorang ni. harap kawan-kawan dapat kaji sendiri lebih lanjut tentang semua artikel yang ada. sebab tentu-tentunya aku sebagai manusia biasa ada buat banyak kesilapan sepanjang kajian aku. ada satu dua part yang tak betul harap kenkawan boleh tolong betulkan dan sama-sama kita cari kebenaran. huhu :p

Sekarang, 2011 dan 2012 adalah tahun di mana ada lagi satu plan besar dari puak-puak satanik ni semua. diorang dijangka akan buat satu ritual mega macam yang berlaku masa tahun 2001. wtc tu..

then, kat internet heboh cerita pasal ramalan kaum mayan pasal 2012 akan ada satu planet besar bernama Nibiru akan lintas sebelah Bumi kita. hujung tahun. dikatakan planet Nibiru tu dari sistem suria yang lain jauh dari sistem kita. dia punya pusingan orbit jauh mengambil masa 5 ribu tahun tak silap aku. dulu masa zaman nabi Nuh diorang kata planet tu la yang datang menyebabkan banjir besar berlaku. Laluan planet tu masuk ke sistem suria kita.



Mengikut ramalan, planet tu akan lintas sebelah bumi, tak langgar pun, sipi-sipi je. tapi sebab dekat sangat maka dia dah ganggu tarikan graviti bumi. maka, bumi dikatakan akan terpusing ke arah bertentangan. so, masa tu la akan berlaku matahari terbit dari barat. tapi masa bumi terubah pusingan tu, malapetaka besar berlaku la..abis semua ribut, banjir... macam yang filem 2012 cerita tu.. ni yang aku tahu la..ada banyak cerita lain.


Apa yang aku tahu la, diorang akan create fenomena besar macam tu sebab diorang nak buat satu ritual besar. saja nak bagi orang takut dan nak satukan dunia bergantung harap dekat diorang. new world order.

tak tau la apa pulak yang nak meletup nanti tahun 2012. bangunan apa pulak yang diorang nak langgar, negara mana pulak yang diorang nak bom, cerita pengganas apa pulak yang akan dicipta ciptu..

Apa-apa pun, kita tak perlu takut dengan diorang. diorang tu hanya melakukan perintah syaitan dan patuh pada agama menyembah syaitan. untuk dapatkan kekuasaan, harta, pangkat, nama dekat dunia ni.

Mungkin ada kawan-kawan tertanya kenapa aku tak nak cerita pasal negara Malaysia terchenta yang dikaitkan dengan diorang ni jugak. penubuhan negara kita sendiri..ofkoz aku tak nak kena tangkap! HAHA. well ..inikan Malaysia~

shhhhttt.

ok..aku rasa sementara aku takde info pasal konspirasi satanik yang boleh buat kongsi, maka aku terfikir nak share ilmu lain serba sedikit dekat jemari sakti ni. insyaAllah, aku akan cuba kongsi ilmu perubatan islam ke, petua nenek moyang ke, ilmu tafsir ke, apa-apa la.. huhu. harap dapat la sokongan dari kenkawan semua. :)



1 komen pembaca:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...