Khamis, 2 September 2010

Mesej Bawah Sedar..!




Aku nak tulis pasal mind-control melalui design dan rekabentuk produk dan paparan skrin di wayang dan tv.

Selain dari menghipnotis menggunakan Muzik, syaitan juga telah mengajar penyembahnya untuk mengawal minda manusia melalui media visual. Sama ada design produk, logo, atau apa-apa gambar yang bakal menjadi tatapan umum. Tak kiralah di mana-mana pun.

Penyembah-penyembah syaitan (illuminati,freemason,skull & bones,bohemian dan lain-lain) diajar untuk menggunakan symbol dan gambar-gambar seperti :

1- Segitiga/piramid
2- Mata satu
3- Nombor 13
4- Salib
5- Kepala Lucifer/baphomet
6- Tengkorak
7- Dua tiang (jachin dan boaz)
8- Matahari

Atau apa-apa saja symbol yang membawa maksud kepada syaitan, mengagungkan Dajjal(matasatu), new world order, atau lambang-lambang persatuan mereka. Ini dikatakan boleh menanamkan ingatan secara tidak sedar kepada manusia untuk membiasakan diri dengan mereka. Kewujudan mereka. Selain syaitan mahu menghipnotis minda manusia kepada ‘dajjal adalah jesus (nabi ISA A.S) yang dinanti-nanti’. Dan matasatu adalah lambang jesus yang bakal muncul. Ini antara helah syaitan dan penyembahnya untuk mengaku bahawa merekalah (pembawa new world order) penyelamat dunia akhir zaman.

Simbol-simbol itu selalunya tidak dilukis atau diletak secara terang-terangan. Sebaliknya mereka meletakkan atau membuat rekabentuk design yang tersirat dan tersembunyi. Ini kerana tujuan mereka adalah untuk menyerang minda luar sedar kita. Bukan minda sedar.

Nota : minda luar sedar (unconscious mind) adalah bahagian otak yang kompleks. Yang menjaga informasi habit atau hafalan. Ia juga menjaga maklumat yang kita tidak focus, tetapi kita selalu lihat atau dengar. Ingatan pada minda luar sedar boleh membawa kepada tindak tanduk yang di luar jangkaan pada satu-satu masa.

Tak tahulah apa lagi ilmu dunia lain yang diajar syaitan pada mereka, tapi itulah dia. HIPNOTIS. Dalam kehidupan harian kita, kalau kita perhatikan, terlalu banyak design produk-produk tak kiralah makanan,pakaian, logo stesen tv, logo company atau apa-apa saja mereka telah meletakkan simbol-simbol berkenaan.



(Lambang SHELL sebenarnya bermaksud 'ray of light' yakni sinar matahari. Logo McD pulak sebenarnya adalah nombor 13 yakni melambangkan 13 bloodlines nenek moyang mereka. Illuminati, lain-lain Logo kebanyakannya adalah piramid (tigasegi), salib, corak tengkorak dan matasatu. Atau matasatu dan matahari digabungkan.)

nota : salah satu sebab mereka mengagungkan Piramid kerana Mesir adalah pusat segala Ilmu sihir di zaman Firaun. Banyak Ilmu-Ilmu sihir yang telah mereka pelajari di Mesir. Selain Ilmu yang mereka dapati di Masjidil Aqsa.



Dalam duk cari gambar nak letak kat artikel ni, aku jumpa satu blog ni..huhu. KLIK SINI


Satu hari aku keluar KL, aku nampak budak-budak pakai kep (cap) Logo ‘Monster Energy’. Terus dalam kepala aku ingat makna huruf ‘M’ logo tu. Sebenarnya huruf tu gabungan dari huruf ‘V’ dalam bahasa Hebrew. Yang macam nombor ‘7’ tu. Dan huruf ‘V’ tu adalah huruf ke-6 dalam susunan huruf Hebrew. Jadi ia sengaja disusun 3 kali membentuk huruf ‘M’. 666…

Selain dari produk dan logo company, mereka juga meletakkan, menyelit simbol-simbol itu di dalam babak-babak filem mereka. Terlalu banyak.

mereka bukan sahaja menyebarkan mesej satanic, tetapi juga mesej-mesej sex dan apa-apa saja yang buruk.

banyak video-video kat youtube yang mendedahkan pasal subliminal message (mesej luar sedar) yang boleh kawan-kawan tengok.

Antara logo-logo tersembunyi di dalam filem. SINI dan SINI

banyak sangat sebenarnya..tapi tak mampu la aku nak cerita. Mungkin artikel akan datang aku cerita kot pasal Filem. huhu..InsyaAllah.

Tahukah anda bahawa Walt Disney adalah salah seorang dari penyembah syaitan itu? Logo namanya sendiri mempunyai nombor 666. diembedkan sekali.

pasal walt disney dan mesej-mesej satanic, dan sex. SINI dan SINI dan SINI


Tetiba aku teringat nak cerita pasal ni..mungkin menyeleweng sikit kot..huhu>>

Korang ingat tak filem Disney Monster Inc.? perasan tak watak utama dengan pembantu dia hantu apa? Mike dan Sullivan. Mike si matasatu, dan Sullivan Si Bulu. Bukankah itu cerita hadith nabi pasal Al-Jassasah yang menjaga Dajjal si matasatu di satu pulau yang dijumpai oleh seorang sahabat Tamim Ad- Dari? Korang tahu tak hadith tu..?



Seperti muzik, mereka mahu kita turut serta mengagungkan tuhan mereka yakni syaitan. Apabila kita menyanyikan lagu yang mempunyai lirik syaitan secara automatik kita mengakui isi kandungan lagu itu. Secara tidak sedar. Begitulah juga dengan melihat dan menyukai sesuatu design. SECARA TIDAK SEDAR mereka menghipnotis minda kita supaya ia menerobos jiwa kita terbiasa dengan ‘sihir pukau’ yang diajar syaitan pada mereka.

Jahat gila kan diorang? bersungguh-sungguh nak menyampaikan dakyah syaitan dekat kita dengan semua Ilmu dunia yang syaitan ajar dekat diorang...diorang taat dengan 'Tuhan' diorang, so, takkan kita nak ikut sama? kenapa kita tak nak taat dengan tuhan kita (Allah)? fikirkan... huhu


tambahan :

seorang kawan telah berkongsi gambar yang dia ambil sendiri semasa berkunjung di sebuah kedai buku. inilah dia....


hebat tak design gamba kamus progresif ni?? hebat kan...macam s*tan..!



(untuk memahami artikel ini dengan baik, sila baca semua artikel di bawah label 'Ketibaan'.)



0 komen pembaca:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...