Selasa, 27 Julai 2010

Make it or Fake it.. to the Moon..!


Aku rasa ramai dah tahu kot benda ni.

manusia tak pernah ke bulan..!

Inilah satu lagi penipuan besar yang dilakukan. pada tahun 1969. NASA telah membuat satu cerita kononnya manusia berjaya mendarat ke bulan. ya~

dan jutaan manusia seluruh dunia melihatnya melalui kaca televisyen perihal pendaratan itu.

dan mereka mempercayainya..~

Setelah ramai pengkaji bebas mengkaji adakah benar peristiwa itu berlaku, ramai yang mendapati ianya adalah satu PENIPUAN BESAR. semua perkara yang ditampilkan NASA sangat meragukan dan aneh.

salah seorangnya ialah Bill Kaysing.



Dia mempertikai semua perkara yang ditonjolkan NASA. Banyak perkara yang kantui terang-terangan seperti bendera Amerika yang dipacak boleh berkibar padahal dekat bulan tak ada udara. Lepas tu gambar-gambar yang ditangkap sangatlah profesional dan cantik, sedangkan kamera yang dibawa oleh astronaut yang diletakkan di bahagian dada mereka amatlah sukar untuk dikontrol.



(wah..cantiknya gambar dia~ )


Lepas tu, bila dikaji gambar-gambar tu pulak, ada banyak perkara aneh. Seperti tempat bayang jatuh yang berasingan. Seolah-olah aksi-aksi astronaut itu ditangkap di kawasan yang banyak spotlight berlainan sudut. dan ada bayang yang tak logik..



(Gambar kiri : macamana badan astronaut tu boleh nampak terang sedangkan cahaya matahari di belakang? . Gambar kanan : bayang-bayang yang terhasil berlainan arah. )

Dan, spot-spot tanda '+' yang terdapat pada gambar ada yang tertindih ke belakang sedangkan ia sepatutnya berada di depan.

Persoalan juga muncul mengapa ramai astronaut yang mati dengan sebab yang aneh dan tiba-tiba dalam masa sepuluh tahun ketika itu. Seolah-olah NASA cuba menutup mulut mereka dari memberitahu dan membongkar rahsia bahawa mereka tidak pernah ke bulan.

Bill Kaysing percaya bahawa semua aksi astronaut di 'bulan' itu telah di rakam di satu kawasan di Amerika yakni di Nevada. AREA 51. area 51 ialah satu kawasan rahsia di Amerika yang dikawal rapi. Di mana semua maklumat rahsia dikumpul dan dikaji disitu. dan, jika kawan-kawan buka google earth, kita akan dapat melihat kawasan gurun area 51 itu dengan jelas.

Ada satu kawasan lapang yang direka bentuk serupa dengan permukaan bulan. berlopak dan berkawah-kawah.


Menurut saintis Rusia, manusia tak boleh keluar lebih dari orbit bumi kerana :

1) tak ada graviti yang akan menarik kita semula ke bumi.
2) bumi di lindungi oleh atmosfera yang menapis semua radiasi merbahaya yang ada di angkasaraya. Jika kita keluar dari atmosfera untuk ke bulan, maka kita akan terdedah dan terkena pelbagai jenis radiasi yang dahsyat kesannya. Walaupun kita berada di dalam kapal angkasa.

( ada sejenis radiasi dahsyat yang dipanggil Ben Allen.)


Bayangkan, masa bom atom meletup di jepun, semua penduduk jepun yang terkena radiasi bom itu walau tidak mati, mengalami kerosakan teruk pada sel badan mereka. Kulit mereka rosak dan terkupas-kupas, inikan pula radiasi yang ada di luar angkasa.. sinar matahari sendiri ditapis beberapa kali sebelum sampai kepada kita. Inikan pula mahu berhadapan dengan sinar matahari yang tak bertapis...ohh~ sangatlah tak logik.



( kesan radiasi bom atom)

kalau nak elak terkena sinar gama pun kita kena tepis dengan plumbum tebal, ini boleh pulak pakai baju putih yang hanya berlapiskan aluminium? hoho.. SANGAT TIPU.

lagi satu, kalaulah matahari berada dekat dengan bulan, pasti seluruh bulan akan kelihatan seperti hari siang di bumi. seluruhnya cerah tanpa ada nampak kegelapan. ini boleh pulak nampak ada shadow macam matahari tu kecik. huhu..~

pengkaji-pengkaji telah menapis cahaya yang dikatakan 'matahari' oleh NASA di dalam gambar astronaut. Ternyata cahaya itu adalah SPOTLIGHT. Dan, mereka mendapati video aksi di bulan itu sebenarnya adalah 'slow-motion' yang disengajakan supaya kelihatan seolah-olah astronaut sedang berada dalam gravity bulan. Jika dilajukan video itu, sebenarnya astronaut hanya berlari seperti biasa - mereka berada di bumi.

banyak lagi lah yang kawan-kawan boleh kaji sendiri dekat youtube. bersepah-sepah bukti-buktinya.. sini salah satu dokumentari

bila aku dapat tahu pasal benda ni semua, aku marah. ini bukan kecik-kecik anak punya pembohongan. BESAR NAK MAMPOS.

kalau benda macamni pun diorang boleh tipu kita hidup-hidup, inikan pulak benda-benda lain. sampai orang melayu kita boleh pulak buat peribahasa..' orang dah ke bulan, kau masih tak ke mana'.. haish!

(lebih kurang macamtu la kan peribahasa nya? huhu)

3 komen pembaca:

  1. wah..
    sgt menarik..
    sy sgt teruja..
    balik kg bole bgtau abah...
    "abah,org nk dok umh la..bia lh org len tu ke bulan bintang pn,org nk jage abah n mak..sekurang2nye ia realiti"
    huwawawawawa...bole??
    tq sbb kongsi ilmu..

    BalasPadam
  2. ada juga mendengar desas desusnya, tapi x smpt nak mengkajinya..
    thanks ek awaknye..:D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...