Isnin, 15 Februari 2010

Picatrix ( Ghayat Al-Hakim )

Kajian aku membawa aku kepada satu penemuan sebuah kitab sihir Arab yang mahsyur yakni Al-Ghayat al-Hakim. Juga di kenali sebagai Picatrix. Al-Ghayatul Hakim membawa maksud 'the goal of the wise' yakni 'kemuncak kebijaksanaan'.



Kitab ini ditulis oleh seorang ahli matematik Andalusia Maslama ibn Ahmad al-Majriti. Menurut kisah, kitab ini adalah antara kitab yang terdapat di bawah masjidil al-Aqsa yang berjaya di bawa pulang oleh tentera salib ke eropah. Tentera salib dikatakan telah diperintah oleh raja perancis pada waktu itu untuk mengumpulkan semua kitab-kitab sihir yang ada di bumi Palestin. Picatrix telah diterjemah kepada bahasa Latin pada 1256 masihi dengan perintah raja Alphonso X.



Kitab ini telah tersebar luas seluruh eropah dan dipelajari oleh kebanyakan ilmuannya. Picatrix adalah sebuah kitab yang mengajarkan tentang astrology yakni ilmu kaji bintang.Ilmu itu dikaitkan dengan bagaimana kita boleh menggunakan kuasa yang ada pada bintang-bintang di angkasa untuk membantu kehidupan seharian. Ianya lebih kepada mengajar membuat pelbagai tangkal dan azimat.




Kitab ini menerangkan secara detail tentang kuasa bulan, matahari, dan semua planet-planet. setiap satunya mempunyai kuasa yang berbeza-beza. Setiap planet di simbolkan dengan simbol-simbol yang aneh. Kuasanya juga diumpamakan dengan pelbagai keadaan dan tabiat. Sukar untuk aku ceritakan ..

Dari simbol-simbol yang aneh itu, Picatrix mengajarkan cara-cara bagaimana untuk menyusunnya menjadi satu 'ayat'.Simbol yang sudah menjadi 'ayat' itu haruslah ditulis di atas plat tembaga dan diletakkan di tempat-tempat tertentu. Dikatakan simbol-simbol itu akan bisa men'detect' kuasa yang ada pada planet-planet di angkasa seterusnya memberikan bentuk-bentuk kuasa yang diinginkan.

(simbol dan keadaan kuasa setiap planet. Setiap planet mempunyai sifat dan kuasa masing-masing di wakili dengan lukisan. Lukisan-lukisan ini juga dijadikan sebagai tangkal)

Banyak bentuk tangkal yang diajarkan di dalam kitab Picatrix, seperti tangkal untuk menjalani hidup dengan aman, tangkal supaya orang suka, dan berbagai lagi. Dari perkara positif hinggalah negatif. Tangkal untuk memberi kesakitan dan kemudharatan.

Setiap simbol yang mewakili planet itu mempunyai sebutannya ataupun bunyi. Seperti huruf. simbol-simbol yang disusun akan membentuk satu jampi yang boleh dibaca. Jampi-jampi inilah yang akan ditulis di atas pelbagai permukaan seperti tembaga dan kain dengan menggunakan pelbagai dakwat.

(bentuk-bentuk yang mewakili planet dilukis dan disusun menjadi satu ayat jampi. Di dalam gambar antaranya mengajar membuat tangkal menghalau lalat)

Picatrix mengajar ilmu memanggil spirit planet yang dikatakan malaikat. Malaikat yang menjaga setiap planet. Ia juga mengajar ilmu untuk menyeru syaitan-syaitan (demon).

Antara ilmu yang mahsyur terdapat di dalam Picatrix ialah ilmu untuk membuat satu alat sihir dari kepala manusia. Di mana kepala seorang pemuda yang di penggal hendaklah dijerukkan di dalam sebuah bekas kaca dengan darah dan candu. Bekas kaca itu kemudian ditutup, ditanam dan dijampi dengan nama-nama planet yang tertentu. Memanggil spirit tertentu untuk masuk ke dalam kepala tersebut seterusnya membolehkan kepala itu bercakap dan memberi maklumat. Ramalan masa depan dan bermacam-macam perkara. Ilmu sihir ini kemudian telah dipraktikkan oleh ahli sihir eropah pada zaman pertengahan dan memanggilnya sebagai 'Baphomet'. Ianya digunakan oleh golongan diraja pada setiap upacara keagamaan dan majlis tertentu untuk memutuskan satu keputusan di Paris, London dan selatan Perancis. Baphomet diletakkan di dalam sebuah bekas perak yang berukir cantik.



Ilmu membuat tangkal telah tersebar luas seluruh dunia. Ada yang menjadikan sebagai rantai dan ada juga sebagai cincin. Rantai yang berukir gambar binatang-binatang tertentu dan gabungan bentuk-bentuk aneh serta susunan huruf-huruf. Apabila memakai rantai atau cincin itu kita akan mendapat kuasa tertentu dan selamat dari pelbagai bencana kononnya.



(Talisman yakni tangkal. Sun talisman dan Venus -mercury Talisman)


Di dalam masyarakat melayu kita ilmu tangkal ini terdapat pada ilmu persilatan di mana ayat-ayat tertentu ditulis pada secebis kertas dan meletakkanya di merata tempat. Dalam baju dan sebagainya. Orang melayu kita juga suka memakai cincin batu bermacam warna dan mengatakan ia mempunyai kuasa tertentu.

Sebagaimana yang kita tahu, Islam melarang kita untuk membuat sebarang tangkal kerana kita akan menjadi syirik. Kebergantungan kepada sesuatu tangkal akan merosakkan akidah kita kerana hanya Allah sahajalah tempat kita bergantung dan bukan pada sesuatu benda atau makhluk.

Untuk pengetahuan kawan-kawan , aku telah pun mendapat keseluruhan kandungan kitab Picatrix di dalam bahasa Latin. 165 mukasurat. Apa yang menghairankan aku ialah kitab ini ditulis bermula dengan memuji nama Allah, dan di akhiri dengan selawat dan salam ke atas nabi Muhammad S.A.W. Padahal ianya mengajarkan ilmu yang merosakkan akidah.



Picatrix baru-baru ini telah diterjemah ke bahasa Inggeris dan dijual melalui internet.(ini bukan promosi..!)

(untuk memahami artikel ini sepenuhnya, sila baca semua artikel di bawah label 'ketibaan')

2 komen pembaca:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    BalasPadam
  2. salam... cmne ko wat research ek?... dr mne ko dpt sumber tu.... jgn salah paham, aku pun nak tau serba sedikit, cmne nak wat research tu...
    wslm...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...