Sabtu, 9 Januari 2010

Kabbalah (bahagian 2)


Kabbalah adalah ilmu yang secara dasarnya membincangkan tentang 7 lapisan langit (dimensi) yang wujud di alam ini. 7 lapisan dimensi yang tidak boleh tidak mesti bergantung kepada satu sama lain. 'the parallal universe' . dari apa yang aku dapat kaji dan tahu, dimensi itu bolehlah juga dikatakan sebagai tahap kesedaran kita yang berlainan. ini kerana hidup ini secara asasnya adalah 'sedar'.



Sedar dan rasa. jika kita tak sedar maka kita tidak rasa. dan di sebabkan kita sedar dan rasalah kita namakan keadaan itu 'hidup'.

maka, dimensi yang 7 adalah di mana letaknya kesedaran kita itu. jika berbeza tahap kesedaran kita maka di dimensi lainlah kita berada.

mengikut kajian aku, dimensi yang 7 bolehlah dibahagikan begini ;

1- dimensi 1 = dimensi jasad (material plane)
2- dimensi 2 = dimensi daya (forces plane)

(dimensi ke-2 adalah dimensi elektrik, haba, cahaya, tenaga kinetik, gravity, dan daya atomik yang dijumpai oleh saintis yahudi (albert einstein) apabila dia membelah atom)

3- dimensi 3 = dimensi bintang (astral plane)
4- dimensi 4 = dimensi mental (mental plane)

dimensi ke-5 ,ke-6, ke-7 dikatakan sangat sukar untuk difahami. 'difficult to comprehend'.

(Albert Einstein)

semua agama di dunia akan mengajar cara menenangkan diri dan memusatkan tenaga. kerana apabila kita fokus dan bertenang sajalah baru kita boleh menembusi tahap-tahap kesedaran itu.

selain dari menenangkan diri,cara yang kedua ialah dengan menolak sesuatu perasaan ke puncaknya. sebagai contoh, gembira kepada terlalu gembira, sedih kepada terlalu sedih, sakit kepada terlalu sakit.

perasaan itu adalah definisi kepada sedar. jadi jika kita memaksa sesuatu perasaan itu ke puncaknya, kita akan melepasi tahap kesedaran itu. jika dalam keadaan biasa, kalau kita gembira jasad kita akan bergetar apabila kita ketawa. ketawa itu adalah getaran jasad yang menunjukkan jasad tidak mampu menterjemah dan menampung perasaan itu. kerana perasaan adalah lebih dari jasad.

samalah juga jika kita sedih kita akan menangis. jasad tak mampu menampung perasaan itu maka ia bertindakbalas dengan mengeluarkan airmata. badan kita juga akan bergetar.

jika sesuatu perasaan itu dipaksa lagi ke peringkat yang lebih tinggi- terlalu gembira akan menangis dan terkejut. terlalu sedih akan pengsan. maka kita akan melepasi tahap kesedaran dimensi yg pertama. dimensi jasad.

golongan yang menyembah syaitan selalunya memilih cara kedua ini. mereka akan melakukan ritual-ritual yang melibatkan pembunuhan , penyeksaan dan sebagainya. maka wujudlah ritual yang dinamakan - blood ritual, sex magic dan berbagai lagi. sex magic ialah ritual yang memilih jalan memaksa perasaan ghairah atau gembira ke puncak apabila mencapai klimaks. dikatakan apabila klimaks maka mereka akan dapat menyeru syaitan yang dinginkan.



Syaitan telah menipu mereka mengatakan dia adalah tuhan. untuk berjumpa dengannya dan meminta bantuan, maka penyembahnya mesti melakukan ritual-ritual tersebut. sebenarnya ia adalah cara untuk membolehkan kesedaran manusia sampai ke dimensi syaitan itu. lagipun syaitan suka melihat manusia tertipu dan sesat dan melakukan perkara yang berdosa. dia boleh saja menjelma ke dimensi kita kalau dia mahu.(dengan izin Allah)

Mengikut apa yang aku fahami, ilmu kabbalah ini adalah benar. ilmu dunia yang dimiliki nabi Sulaiman A.s. sesuatu ilmu itu tidak salah selagi kita tidak menggunakannya kepada jalan yang sesat dan merosakkan. penyembah syaitan (freemason , illuminati dan seangkatan) menggunakan ilmu ini kepada jalan kesesatan dan kerosakkan.

Tidaklah ada kerosakkan di muka bumi ini melainkan ianya datang dari tangan-tangan manusia.

seperti orang melayu kita, ada amalan membela dan juga 'menurun'. menurun itu adalah memanggil jin yang dibela untuk menguasai jasad. masuk ke dalam darah dan mengalir bersama ruh. satu lagi tipudaya syaitan yang licik. samaada kita yang disuruh masuk ke alamnya atau dia yang masuk ke alam kita.

info :

darah adalah medium yang membawa segala perasaan kita ke jantung. jantung adalah tempat segala perasaan. jantung bukan sekadar organ yang mengepam darah ke seluruh badan. tetapi mengepam perasaan ke seluruh badan. sebab itu jika kita sakit hati, gembira atau sedih, badan kita akan bertindakbalas mengikut perasaan kita. kita akan ketawa, menangis dan berbagai lagi. dikatakn jika seseorang itu stress atau tertekan antibodi yakni imunitinya akan jatuh. daya tahan penyakit akan berkurang dan mereka akan cepat jatuh sakit. semua perasaan kita akan dirasakan di jantung.



(heart atau Al-Qalb -orang melayu sebut hati. sebenarnya jantung maknanya.)

sebab itulah ritual syaitan banyak melibatkan darah. kerana darah adalah medium kepada perasaan dan kesedaran.

selain itu, Racun juga digunakan utntuk menembusi dimensi (tahap kesedaran). seperti orang yang mengambil dadah, ganja, dan seumpamanya. mereka akan berada di dalam alam separuh sedar apabila memakan bahan itu. pada waktu inilah mereka mungkin akan dapat melihat dan mendengar sesuatu yang tidak dapat dilihat dan didengari oleh orang lain.



Nostradamus, ahli kaji bintang, mengetahui ilmu dimensi ini. dia menggunakan cendawan dan tumbuhan racun seperti belladona,mandrake, hemlock, opium(candu) dan sebagainya untuk memasuki 'spirit world'. nostradamus akan memakan tumbuhan-tumbuhan ini sebelum meramal sesuatu kejadian.



(belladonna & opium)

Dikatakan tumbuhan racun yang mempunyai bahan DMT yakni Dimethyltryptamine, akan membolehkan pemakannya melihat satu lapisan seumpama latex (seperti susu getah cair) mengelilingi semua benda hidup di depan mata kita. seolah dimensi jasad diselubungi oleh sesuatu. keadaan ini dipanggil 'the veil'. (cadar)

pelbagai cara digunakan untuk melepasi alam dimensi jasad. dan dilakukan atas pelbagai sebab dan tujuan. di dalam Islam menenangkan diri adalah cara terbaik untuk melepasi dimensi-dimensi ini. dengan cara berzikir dan mengingati Allah dan bersolat.

bagi agama-agama lain, cara menenangkan diri juga digunakan untuk mencapai tahap 'nirvana' dan sebagainya. 'untuk mencapai tuhan'.

jadi, apakah sebenarnya rahsia di sebalik dimensi yang 7 ini? adakah ia juga mewakili 7 gelombang bunyi, 7 gelombang cahaya, dan 7 peringkat nafsu?

aku sendiri masih mengkajinya.. ;)

(untuk memahami sepenuhnya artikel ini, sila baca semua artikel dibawah label 'ketibaan')

0 komen pembaca:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...