
Dari apa yang aku dapat tahu..
Ilmu kabbalah adalah satu ilmu yang sangat dahsyat. Ilmu dunia. Ilmu yang dipunyai oleh nabi Sulaiman a.s. Ilmu dunia yang membolehkan nabi Sulaiman a.s memerintah seluruh dunia pada zamannya. Memerintah 2 dimensi yakni alam manusia dan alam jin. Nabi Sulaiman juga memerintah angin, flora dan juga fauna.
Ilmu inilah yang telah dijumpai oleh golongan penyembah syaitan pada zaman selepas itu.Dikatakan ilmu ini telah diberikan kepada mereka oleh seekor syaitan bernama Razi El. Seekor syaitan bawahan Lucifer.
Ilmu kabbalah memberi satu peta yang dipanggil ‘the tree of life’. Yang memberitahu cara untuk berhubung dengan dimensi syaitan dan jin. Berpandukan ritual-ritual tertentu.
(the tree of life..)
Ilmu kabbalah terkandung di dalam sejenis kitab yang bersaiz seperti majalah biasa dan menyimpan semua ilmu duniawi. Dari ilmu sains, dimensi yang selari , sifat semula jadi atom dan sebagainya. Kitab itu mengandungi beberapa ratus patah pekataan sahaja.
Bagaimanakah kitab yang sebegitu boleh menyimpan begitu banyak ilmu dunia?
Kerana ilmu kabbalah ditulis di dalam bentuk KOD. Kod yang menyimpan banyak maklumat yang detail. Lapisan dalam lapisan.
Kod-kod inilah yang telah dikaji oleh para saintis barat pada zaman pertengahan. Kebanyakan dari ahli fizik moden dan ahli astronomi semuanya telah
Albert Einstein telah mengkaji ilmu ini dan berjaya tampil dengan persamaan E = mc2. teori bom atom.
Antara rahsia tertinggi dalam ilmu kabbalah adalah cara bagaimana kita boleh membunuh manusia dengan satu pandangan mata. Ia dinamakan jurus mata syaitan. Nama magis untuk pandangan satu mata ini ialah En Hara.
Dari apa yang aku dapat tahu..
Ilmu kabbalah telah ditulis dan dikumpul semula oleh seorang pendita yahudi iaitu Isaac the blind. Untuk kali pertama selepas 6000 tahun ilmu kabbalah ditulis di atas kertas. Tulisan Isaac the blind ini kemudiannya telah jatuh ke tangan 9 orang pemuda ferancis. 9 orang ferancis yang selepas itu dikenali sebagai ‘knights templar’ (tentera salib).
Mereka telah mengamalkan ilmu ini dan berhubung dengan syaitan.
Mereka mendapat maklumat bahawa ilmu kabbalah berasal dari Palestin. Maka mereka terus pergi ke Palestin untuk mendapatkan lebih lagi ilmu itu. Tujuan utama mereka antaranya ialah untuk menghalang umat Islam dari mengetahui kewujudan ilmu ini.
Seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ini, di bawah masjidil Al-Aqsa terdapat banyak kitab-kitab sihir yang telah di tanam oleh nabi Sulaiman a.s. Kitab-kitab sihir yang telah dirampas dari semua manusia dan jin pada zamannya. Kerana nabi Sulaiman a.s telah mengharamkan ilmu sihir dipelajari oleh sesiapa. Siapa yang didapati mempelajarinya akan dipancung.
Tentera salib telah menjumpai semua kitab-kitab sihir ini setelah mereka mengetahui tentang ilmu kabbalah. Maka , mereka pun membawanya pulang ke Eropah.
Mereka telah mendapat ilmu dunia dan ilmu sihir.
Ilmu-ilmu ini telah digabungkan oleh mereka dan mereka menggunaknnya untuk menguasai dunia. Mereka adalah bani

(seal of king Solomon..lambang kerajaan nabi Sulaiman a.s ialah bintang david..)
Setelah mereka menghafal dan menguasai semua ilmu itu, mereka telah menghapuskan kitab-kitab itu. Mereka mahu ilmu itu menjadi hak milik mereka secara eksklusif.
Sehinggalah sekarang, ilmu kabbalah tidak akan ditulis oleh golongan luciferian baik freemason, illuminati, ke atas kertas. Mereka menyampaikannya secara KOD , design lukisan dan binaan bangunan. Hanya anak cucu cicit mereka saja yang akan mengetahuinya. Sangat RAHSIA.
Itulah sebabnya, mereka dapat menguasai dunia . apa yang berlaku di depan mata kita sekarang adalah hasil dari ilmu yang mereka pelajari secara rahsia sejak turun temurun. Menggunakan sains dan teknologi untuk menguasai manusia. Dari segi ekonomi, pelajaran, system pentadbiran dan perubatan. Mereka telah menggabungkan ilmu dunia dan ilmu sihir bergurukan syaitan dan jin.
Dikatakan ilmu yang paling tinggi di dalam kabbalah ialah satu ilmu yang membolehkan kita menghilangkan satu objek fizikal zarah demi zarah dengan hanya menggunakan bacaan beberapa perkataan Hebrew dan nombor.

Dari apa yang aku dapat tahu..
Dikatakan UFO adalah ciptaan hasil dari ilmu sains yang dipelajari. Satu jenis teknologi yang dapat membina

Aku juga dapat tahu bahawa pada tahun 1950’an, mereka telah mengetahui cara-cara untuk memanjangkan jangka hayat sel . yang membolehkan seorang manusia hidup Selama beratus-ratus tahun..
(segala yang aku tulis adalh berdasarkan kajian aku..jika sesiapa ada maklumat lain silalah berkongsi..)
>>untuk memahami artikel ini dengan sempurna, sila baca semua artikel sebelum-sebelum ini di bawah label 'ketibaan'..





kabbalah....
BalasPadamilmu yg di salah guna (owh, ini sungguh bahaya!)