Selasa, 8 September 2009

Azazil (Musuh yang Nyata)



mari kita kenali musuh kita yang nyata yakni Syaitan.

Syaitan adalah makhluk ciptaan Allah daripada Api berwarna biru. dulunya sebelum diciptakan Adam A.s, namanya Azazil duduk dikalangan malaikat-malaikat. akibat tidak mahu sujud hormat kepada nabi Adam A.s., Azazil dilaknat Allah SWT . Dia bersumpah akan menyesatkan umat manusia supaya berpaling dari kebenaran.

dan dia telah menyusun misi untuk mengumpul sahabat-sahabat yang akan bersamanya nanti di dalam neraka. Misi menyesatkan manusia. Dan misi itu pastilah berbentuk satu PENIPUAN.



(Syaitan telah menipu nabi Adam A.s supaya memakan buah larangan semasa di dalam syurga sebelum dia dicampak ke bumi bersama nabi Adam dan hawa...)


maka dari zaman bermulanya tamadun manusia, Syaitan telah menyesatkan umat manusia. Menipu dan terus menipu. Dia menjelma dan mengatakan dirinya tuhan dan dewa. menjelma dalam pelbagai rupa dan bentuk. dari rupa-rupa yang elok hingga yang buruk dan pelik.

maka sebab itulah terwujudnya agama-agama banyak tuhan dari zaman dahulu lagi. kalau kita belajar sejarah, kita akan dapati banyak daripada tempat-tempat yang dibina oleh orang zaman dulu adalah tempat ibadat untuk menyembah dewa dan tuhan. seperti stonehenge, piramid, chandi dan sebagainya. ada tempat ibadat yang terbuka dan ada yang dibina di dalam gua-gua atau binaan.

Mungkin ramai dari kita yang agak keliru dengan istilah Syaitan,Jin, Qarin, Ifrit dan sebagainya. Adakah mereka makhluk yang berbeza-beza?

Aku sendiri pun keliru jugak..tapi lepas aku dengar ceramah ustaz Ismail Kamus, (yang terkenal dengan perubatan Islam tu..) baru aku dapat penjelasan yang betul.

menurut ustaz Ismail Kamus, mereka semua adalah makhluk yang SAMA. yakni anak cucu cicit AZAZIL.

kalau diorang semua adalh makhluk yang sama, kenapa diberikan nama lain-lain?
macamni.. nama-nama tu diberikan sebab nak membezakan golongan-golongan yang berlainan.

SYAITAN adalah nama untuk golongan yang JAHAT. golongan yang masih meneruskan misi Datuk moyangnya yakni Azazil.

JIN pulak golongan yang mungkin sudah memeluk islam dan tidak meneruskan misi.

IFRIT adalah golongan gengster atau puak-puak yang sombong.

QARIN pulak adalah jin yang lahir bersama dengan kita. kembar kita. tugasnya menghasut kita supaya membuat kejahatan dan maksiat.

(perkataan JIN bermaksud 'benda yang tak nampak'. samalah dengan perkataan 'JANNAH' -syurga. benda yang tak dapat dilihat.)

diorang ni semua makhluk yang sama. makhluk yang diciptakan dari api yang berwarna biru dan tidak berasap. diorang semua berkongsi misi yang sama iaitu menyesatkan manusia.



(apakah dia Api biru yang tidak berasap itu ? Elektrik...? mungkin..)

dari zaman dulu lagi, selain dari mengaku diri mereka sebagai tuhan dan dewa, Syaitan juga telah mengajarkan manusia ilmu-ilmu Sihir. atau black Magic. semua umat manusia dari semua ceruk zaman telah dilintasi oleh syaitan.Termasuk zaman nabi Allah Daud, Sulaiman, Musa, Isa A.s, dan juga nabi kita Muhammad SAW . dulu hingga kini.

Syaitan juga menjadi 'belaan' ramai dari umat manusia. manusia yang menggelarkan diri mereka bomoh dan boleh mengubati sebarang penyakit.

kalau di negara kita, golongan ini adalah golongan yang kita panggil membela atau mempunyai SAKA. golongan yang berdamping dengan JIN dan menjadi bomoh atau doktor perubatan ghaib. dan saka ni pulak, menjadi warisan turun temurun dari nenek moyang hingga anak cucu.

JIN yang berdamping dengan manusia yang membantu manusia untuk mengubati pelbagai sakit pastilah mempunyai satu misi yang sama. Misi menyesatkan manusia.Kerana, apabila manusia sudah bergantung dan mengharap padanya untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, maka manusia itu tidak lagi meletakkan tauhid kepada Allah yang menyembuhkan penyakit. Maka secara automatiknya AKIDAH manusia itu pun terpesong. manusia itu menjadi SYIRIK.


maka berjayalah Syaitan itu menyesatkan manusia!


(Genie dalam cerita Aladdin yang berwarna BIRU... dia berkawan dengan Aladdin dan rela menunaikan hajat..)


Dia sanggup digelarkan apa sahaja, kawan, khadam, belaan, saka, hantu raya, asalkan misi dia tercapai.

Dia juga sanggup MENIPU apa sahaja, - Jin Islam, rijalun ghoib (lelaki ghaib-kononnya zaman dahulu telah dihilangkan dari pandangan akibat melakukan dosa) asalkan impian dan hasrat mereka menyesatkan manusia termakbul.

itulah sahaja. tak ada yang lebih dari itu.


(Fallen Angels..inilah perkataan yang sering digunakan. 'malaikat yang dihalau'.. Syaitan dikatakan sering merupa sebagai seorang perempuan..kerana Syaitan tidak mempunyai jantina..)


SYAITAN adalah makhluk yang kerjanya 24 jam MENIPU. so, kalau dia mengaku dirinya telah bertaubat, kita tak boleh pasti cakap dia betul. sebab selalunya dia menipu. itulah sebabnya pendapat ulama' ada 2 tentang Qarin nabi Muhammad SAW. Ada ulama' cakap Qarin nabi Muhammad SAW masuk Islam dan ada jugak ulama' cakap Qarin nabi tidak masuk Islam tetapi berjaya ditundukkan. Qarin nabi hanya menyuruh melakukan kebaikan sahaja.

Maka ramailah manusia yang ditipu. dari perubatan hingga Silat, semua ada menggunakan 'khadam'...

Gejala SAKA dan membela Jin ni jangan kita sangka hanya terdapat di negara kita saja, ianya ada di seluruh dunia. tapi dengan cara dan istilah yang lain-lain.

Golongan Syaitan dan Jin ini mempunyai masyarakat yang sama macam manusia. ada golongan pemimpin dan ada jugak golongan rakyat. yang biasa-biasa sampai yang ada nama dan bangsawan. kalau dia duduk di Malaysia, maka dia akan bercakap melayu, kalau duduk Amerika maka dia cakap english. cuma dia ni tak ada bangunan dan rumah, dia menumpang dengan rumah manusia. dan golongan rakyat akan berdamping dengan golongan rakyat manusia, golongan pemimpin akan berdamping dengan golongan pemimpin manusia.

golongan rakyat akan mengajar manusia ilmu-ilmu sihir di pasar-pasar dan kampung, dan golongan pemimpin akan mengajar manusia memimpin dunia dengan agenda-agenda yang besar. golongan Elit.

golongan elit ini adalah golongan yang sudah aku ceritakan dalam artikel sebelum-sebelum ini. mereka yang mentadbir dunia dengan petunjuk Syaitan dan menggunakan teknologi untuk menyesatkan semua manusia. mewujudkan sistem kehidupan yang dikatakan standart. mereka yang menjalankan misi jahat merosakkan umat Islam secara halus,mereka yang menyembah Syaitan secara terang-terangan.


Illuminati dan Freemason.


sekarang 'jigsaw puzzle' yang berselerak dah pun bercantum kan..?



Jadi PENIPUAN Syaitan semuanya menuju kepada satu titik. Menyesatkan manusia..menggunakan manusia lain untuk menyesatkan manusia..

Syaitan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara yang berbeza-beza mengikut keadaan zaman dan situasi manusia.

Ingatlah, Syaitan menggunakan 3 cara ini untuk menyesatkan kita..;

1) menghasut kita supaya melakukan kesesatan. dan sekiranya gagal dia akan,

2) merasuk ke dalam jasad kita. dan sekiranya gagal dia akan,

3) menggunakan orang lain untuk menyesatkan kita..



3 komen pembaca:

  1. assalamu'alaikum.. saya dari Indonesia.. postingan blognya bagus-bagus. sangat berbobot

    BalasPadam
  2. ceritanya benar saya sudah tahu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...