
Lama aku buat kajian..
pasal stargate. pintu cahaya yang dikatakan telah berjaya dibuka oleh golongan freemason yang menyembah syaitan.
apa yang aku dapat tahu, mula-mula diorang ni macam biasalah kalau dah mintak pertolongan dari syaitan, mesti diorang ada upacara bagi syaitan merasuk ke dalam badan. lepas tu syaitan akan bagitahu macamana nak jalankan rancangan mentadbir dunia dan menyesatkan umat manusia.
(macam orang-orang kita yang membela jin, minta tolong jin sembuhkan penyakit. bela saka dan sebagainya. samalah. tujuan jin tu minta kita dia tolong adalah untuk merosakkan AKIDAH kita.)
lepas tu, pada waktu tertentu pulak, ada jenis-jenis syaitan yang luarbiasa dan kuat boleh masuk ke alam kita. dengan syarat, golongan freemason ni mestilah melakukan upacara pembunuhan. macam tragedi WTC runtuh. masa tu dikatakan pintu dimensi yang besar terbuka dan membawa masuk syaitan-syaitan besar dan kuat ke alam kita. sama ada menjelma sebagai manusia, atau merasuk ke dalam badan golongan freemason. (itu maklumat yang aku tahu la, tak tahu sejauh mana kesahihannya.)
tapi kalau kita tengok dan kaji balik peristiwa 9/11 WTC tu, memang ada klu-klu yang memang menjurus kepada pembukaan pintu cahaya tu (stargate).
ok, masa tragedi tu, selain dari bangunan WTC bangunan PETAGON pun dilanggar, pusat besar ketenteraan amerika. kalau kita fikir balik, apa sebabnya mesti diorang langgar dua bangunan ni? kenapa mesti WTC dengan PENTAGON?

cuba kita ingat balik lambang-lambang yang digunakan freemason. salah satunya ada lambang 2 tiang iaitu tiang 'jachin' dan tiang 'boaz'. dan di tengah-tengahnya ada lantai papan catur. satu tiang melambangkan alam kita, dan lagi satu melambangkan alam syaitan. corak papan catur tu melambangkan persilangan 2 alam yakni putih (alam kita) dan hitam (alam syaitan).
di tengah dua tiang adalah pintu antara 2 dua dimensi yakni dipanggil 'GATE'.
bangunan WTC mewakili lambang ini. 2 tiang dan satu pintu (gate) di tengah (ruang).
bangunan PENTAGON pula mewakili lambang pentagon yang juga digunakan oleh freemason. Pentagon adalah lambang yang terhasil dari sambungan titik-titik hujung bintang 5 bucu.
yakni 'STAR'.
ok, biar aku bagi terang. 2 jenis bangunan dilanggar dan dua-dua bangunan adalah lambang freemason.
ditengah-tengah PENTAGON adalah bintang yakni STAR.
dan di tengah-tengah WTC (2 tiang) adalah pintu yakni GATE.
maka mereka melanggar 2 jenis bangunan yang melambangkan pembukaan pintu dimensi.
'STARGATE'...!!
itulah apabila aku cari maklumat macamana pintu dimensi boleh terbuka, aku terus teringat akan salah satu ayat dari surah Al-kahfi. yakni apabila iskandar zulkarnain membakar besi-besi tembaga untuk menjadikan sempadan antara yajuj dan majuj. sebab di dalam surah Al-Ma'arij ada menyebut tentang sifat-sifat langit. Langit itu bermaksud ruang, atau orang putih cakap space. angkasa.
ayat surah Al-Ma'arij sebut apabila langit itu terkoyak dan runtuh, ia seperti besi tembaga yang cair. mengeluarkan bunyi yang kuat. (rujuk Al-Quran)
maknanya pintu antara dimensi itu adalah seperti besi tembaga yang cair apabila terbuka. seperti besi padu apabila tertutup.

aku pun terus berfikir. bermula zaman Rasullulah SAW, Allah telah tidak mengizinkan lagi syaitan dan jin mendengar perkhabaran dari langit. dan menyampaikan kepada ahli-ahli sihir. Allah berfirman bahwa akan menjadikan bintang-bintang sebagai alat merejam syaitan yang menghampiri langit untuk mencuri dengar. Ayat ini banyak diulang-ulang di dalam Al-Quran.
Apa yang aku dapat faham, pada zaman dahulu seperti zaman nabi Sulaiman AS, pintu antara dimensi (yang disebut Langit) masih terbuka dan senang bagi syaitan-syaitan masuk. antara dimensi syaitan dan dimensi alam kita manusia. tetapi apabila Allah telah menghalang syaitan dari boleh masuk dengan mudah ke dimensi kita, mereka tidak boleh lagi masuk dengan mudah melainkan dengan cara-cara tertentu. (Mungkin. aku pun masih mengkaji..)
adakah dengan cara yang menyeronokkan syaitan (bunuh orang) dan letupan tu boleh membuka pintu dimensi antara 2 alam?
dan apakah pembukaan pintu dimensi itu hanya untuk membenarkan syaitan masuk ke alam kita? atau manusia juga boleh masuk ke alam syaitan?
masa zaman Rasullullah SAW dulu kan ada cerita syaitan menjelma sebagai manusia dan memberi pendapat kepada orang kafir Quraisy. so, aku rasa memang tujuan membuka pintu dimensi tu adalah untuk membenarkan syaitan masuk ke alam kita seperti zaman Rasullullah SAW. Untuk membantu gologan freemason ni menyesatkan manusia dengan lebih mudah dan berkesan. syaitan tak payah nak hasut manusia untuk menyesatkan manusia lain lagi, tapi syaitan sendiri menjelma sebagai manusia dan menyesatkan manusia.
bila cakap pasal syaitan menjelma jadi manusia pulak, aku terfikir pasal ahli-ahli sihir yang ada dekat dunia sekarang. macam Chris Angel , David Blaine..adakah diorang manusia atau manusia separuh syaitan atau memang syaitan?
terang-terang diorang menyesatkan manusia dengan mempamerkan magis-magis mustahil. tak gitu?
lagi satu aku fikir, boleh ke manusia masuk ke alam atau dimensi lain? boleh kot.. entahlah.
macam para wali yang boleh pergi satu-satu tempat yang jauh dengan cepat (dengan izin Allah). dan juga orang yang minta pertolongan dari jin. boleh melipat ruang dan pergi tempat lain. tapi itu hanya lipat ruang dan pergi tempat lain dalam dimensi yang sama.
kalau macam orang kena tangkap dengan jin tu? macamana pulak?
adakah jin boleh bawa kita masuk alam dia? tak payah buka stargate ke?
aku pun hairan jugak. masih berfikir dan mengkaji.
tapi kalau sekalipun diorang (freemason) boleh masuk alam Syaitan dan jin, apakah tujuannya?
duduk lepak dekat sana? buat apa?
apa yang aku dapat simpulkan, diorang bawak masuk syaitan ke alam manusia untuk lebih senang menyesatkan manusia. menjayakan cita-cita syaitan yakni sumpah dia yang nak sesatkan seluruh umat manusia.
jadi ini adalah satu peperangan yang sejak dari dahulu tak pernah berhenti.
peperangan antara Penyembah-penyembah Syaitan & Penyembah-penyembah Tuhan...!
-bersambung...
oke, bot tggu sambungan! rase mcm teruja sgt nak tahu!
BalasPadam