Sabtu, 24 September 2011

Pope, Apollo 18 & Bendera Hitam!



Akibat dari tak tau nak tulis dan susun macamana, aku jadi tak update blog ni. Maaf atas penantian pembaca jemari sakti sekalian. Hehe

Fikiran kusut macam benang~

Ok, kali ni ada beberapa isu yang aku nak kongsi dengan kenkawan. Setelah aku baca dan cari info dari orang yg lebih tahu. Antaranya :

1) Siapakah Dajjal

2) Benedictine order

3) filem Apollo 18


first, kenkawan kena tahu. (aku rasa dah tahu kot) :

- dulu yahudi dan kristian bergaduh.

- Sekarang yahudi & Kristian bersatu < tanda akhir zaman

- Diorang sebenarnya bukan sembah Tuhan tapi sembah syaitan. (tak termasuk yg betul-betul ikut ahli kitab la. Maksud aku Korupted Jews & the Vatican yg bunuh nabi Isa dan create agama kristian sekaligus menyesatkan pengikut nabi Isa AS).

- Diorang jajah semua negeri untuk wujudkan system Dajjal seluruh dunia. Misi diiorang bermula beribu-ribu tahun dah. Sejak knight templar (tentera salib) jumpa kitab sihir bawah masjid Al-Aqsa dan membina Negara England.

- System Dajjal (New World Order) sekarang adalah system yg seluruh dunia guna pakai dari semua aspek kehidupan (setelah mereka berjaya menjatuhkan empayar Islam) tak kira dari segi pendidikan, hospital, kewangan, perundangan, sosial dan lain-lain.

- Tujuan utama : Strip the world from religious believe. (buang kepercayaan agama dari dunia) yakni kalau boleh semua orang athies. Jangan sembah Tuhan (Allah) dan enjoy hidup sepuas-puasnya. < misi Syaitan.

- So, Korupted Jews (Zionis) & the Vatican (diketuai Pope) adalah pemerintah dunia sekarang. Mereka ini adalah tentera Dajjal yg membina New World Order menjalankan misi Syaitan kepada umat manusia di akhir zaman. (juga menakluk Palestin untuk membina Temple of Solomon dan memerintah dunia dari situ)

Aku ada baca satu blog ni, dinar emas punya blog. Dia post artikel yg bagi aku menarik dan membuka mata. Cuba korang baca sendiri >> KLIK SINI

Blog ni dedahkan dari cerita seorang paderi sendiri siapa Dajjal. Yakni pope selepas pope benedict iaitu Pope Roman Peter II. (Yang dikatakan bakal dilantik mengetuai temple of Solomon yg diorang nak bina di tapak masjid Al-Aqsa) Dan cerita plan ‘benedictine order’ yakni sistem memecah-belahkan semua perkara dari segi ilmu, pekerjaan, pangkat dan sebagainya. System yang bertujuan untuk menghadkan penguasaan seseorang terhadap sesuatu perkara dan menyebabkan berlakunya pertembungan ego dan permusuhan sesama manusia. Salah satu plan dari system Dajjal untuk memudahkan mereka membina New World Order. Apabila orang bergaduh dengan pangkat dan ego terhadap ilmu, maka mereka mudah memegang kuasa tertinggi. Macam konsep system pyramid la.. susah aku nak explain..huhu 

selepas Pope Benedict, Pope Roman Peter II ? si DAJJAL?


dari segi ilmu : sains, matematik, kimia, biologi..

kerjaya : kerani, CEO, pegawai am, pak jaga..

system beraja yakni apabila ada dua parti bergaduh dibawah maka raja takkan jatuh kerana raja ada kuasa mutlak.

Artikel ni jugak cerita pasal pemakaian jubah ijazah yg sebenarnya adalah pakaian pope. Juga tali leher yang melambangkan pengikut Benedictine order. Cerita macamana diorang kaji Al-Quran dan buat sistem Riba'..Senang korang baca la sendiri..haha

tanda orang yang berjaya medapat kerjaya (dari mereka)



tanda orang yang berjaya mendapat kelulusan ilmu (dari mereka)



Lepas tu baru-baru ni kan ada keluar filem Apollo 18. Kononnya cerita kenapa Amerika dah tak pergi ke bulan lepas tahun 1969 dulu. Filem ni cerita konon masa diorang pegi sana angkasawan diorang mati sebab terkena virus pelik. Virus makhluk batu apatah. Bila kena tangan jadi rosak, merebak sampai kepala, mata, lepas tu mati. 



Aku bila dapat tahu je jalan cerita dia macamtu, terus aku dah tau apa musllihat diorang wat filem macamni. Macam biasa la kan, stendet. Propaganda. Macam sebelum-sebelum ni diorang wat filem National Treasure, Angels & Demons. Konon untuk explain kenapa dan apa itu illuminati dan freemason. Konon persatuan tu baik. Tutup cerita sebenar. Samalah…

Apollo ni pulak cerita untuk tutup cerita sebenar yang diorang tak pergi pun ke bulan. Dan diorang bunuh semua angkasawan yg cuba bocorkan rahsia. (mengikut bukti-bukti yg ada bersepah-sepah dekat internet..bukan aku cakap ok..!) macamtulah.

Ok. Lepas tu pulak aku nak cerita, nak share apa yg aku terfikir :

Sekarang ni kan system dajjal (New World Order) dah control system dunia kan.. maka, soalan yang muncul kat kepala aku ialah :

Kalaulah nanti imam Al-Mahdi muncul, apakah cara atau jalan yang dilakukan untuk menumbangkan system Dajjal ni ?

Haha. Memang la tak perlu pun pikir sebenarnya, just rasa kalau-kalau lah kita tergolong dalam tentera Mahdi, apakah kekuatan kita untuk melawan Dajjal? Maksud aku, dari system ekonomi, ketenteraan, politik dan sebagainya.

Apa eh?

Adakah kita akan mula menguasai ekonomi Islam sepenuhnya dengan tidak lagi bergantung pada wang kertas/bank? Adakah kita akan dapat menggunakan Dinar emas sepenuhnya?

Dan, berapa lama masa untuk tentera mahdi mengumpul kekuatan dan apakah strateginya?

Adakah akan berlaku satu malapetaka besar ( macam meteor jatuh) menyebabkan semua system elektronik dan bank seluruh dunia lumpuh membolehkan tentera Mahdi menumbangkan New World Order? 

Dikatakan ramalan 2012 pasal malapetaka dunia tu sebenarnya metafora kepada krisis ekonomi dunia yang bakal berulang seperti pada tahun 1997 malah lebih dahsyat..


Dan ada jangkaan ulama' kata kiamat akan berlaku dalam tempoh paling lama 50-60 tahun dari sekarang..entah... ( hanya Allah yang tahu), kalau macamtu kita dah sangat dekat la dengan kemunculan imam Al-Mahdi?

Huhu..maaf. mungkin aku keterlaluan. Tapi, just nak kongsi apa yang ada dan datang dalam fikiran aku je. Kata pun blog aku kan..haha.

Baik.

Kemudian, cuba kita kaitkan dengan peristiwa yg berlaku di Negara kita, dari penipuan merdeka ( penguasaan British untuk melantik orang yg boleh meneruskan Benedictine order seluruh dunia), wujudnya serambi Mekah (Kelantan) dan penggunaan Dinar emas telah bermula…dan semua-semua semua kisah politik yang zalim dan korup..



Orang-orang yg berjuang menentang system korup dan cuba mendaulatkan Islam akan terus kuat. InsyaAllah.

Last :

Blog tu jugak ada cerita pasal imam Mahdi akan datang dari timur membawa bendera hitam, katanya di hujung nusantara hanya ada satu bendera berwarna hitam.. maka, adakah ini ? :
negeri apakah di hujung itu? hehe

Tammat. (taktau la apa pulak isu nak tulis lepas ni..haha) 

P/s : perkongsian dan koreksi dari kawan-kawan sangatlah dialu-alukan. :)

Sabtu, 14 Mei 2011

H.A.A.R.P & Ad- Dukhan


Info yang aku selalu dengar akhir-akhir ni ada dua :


1) Tsunami dan gempa bumi, atau apa saja bencana alam yang berlaku sekarang mungkin adalah disebabkan oleh HAARP.

2) 2012 : kemungkinan benar meteor akan jatuh ke bumi dan menyebabkan ‘Ad-Dukhan’ yakni jerebu yang teruk seluruh dunia.

1- Tsunami yang berlaku kat jepun tu ada orang cakap amerika yang buat. Entah la. 2 tahun lepas aku ada la dengar pasal HAARP. Highfrequency Active Auroral Research Project. Maka, aku pun cari la balik info pasal benda tu. Aku tengok dokumentari kat youtube. Huhu.

 Apa yang aku dapat tahu ; HAARP ni mula-mula diorang buat untuk tujuan ketenteraan udara, Air Force. Lepas tu ramai la orang buat kajian sebab macam ada benda yang tak kena. Ada orang tua yang duduk berdekatan HAARP pernah dengar satu bunyi bising.

“HAARP is a scientific endeavour aimed at studying the properties of ionosphere with particular emphasis of being able to understand and use it to enhance communications and surveillance systems for both civilian and defense purposes.” << ini yang ditulis dalam keterangan US military.

Dibina pada tahun 1993,HAARP adalah sususan 180 antenna besar yang terletak di Gakona, Alaska. Utara Amerika. Setiap antenna mempunyai ketinggian 72 kaki, dan mengeluarkan 3.6 juta watts gelombang ELF (Extremely Low Frequency). Ianya menembak atau menyuntik ELF secara stereo ke atmosfera bumi dan memanaskan Ionosfera.



Ionosfera adalah lapisan yang terletaknya gelombang radio dan petir. Menyerap dan menapis gelombang ultraviolet yang dihasilkan matahari. Antara lapisan paling atas dalam atmosfera bumi. Apabila lapisan ini dipanaskan dengan gelombang ELF, maka ia akan tertolak ke atas seterusnya menyebabkan lapisan lain dibawahnya turut bergerak. Lapisan yang mengandungi air (awan) dan angin berubah dan menyebabkan perubahan cuaca.

awan yang pelik akibat HAARP



Apabila kedudukan air dan angin berubah, maka akan berlaku ketidakseimbangan turunnya hujan dan kekeringan(kemarau) yang tak menentu. Bencana alam seperti ribut, banjir, puting beliung, dan juga tsunami pun berlaku. ELF yang dipancarkan ke ionosfera juga boleh mengakibatkan gempa bumi. Kerana gelombang itu terpantul semula ke bumi dan laut.




Perkara ini diakui oleh US military, tetapi mereka masih menafikan pada orang ramai” kata salah seorang pengkaji HAARP.

Asalnya HAARP dibina untuk mematahkan serangan peluru berpandu dan memusnahkan jet pejuang musuh melalui udara. Tapi dalam masa yang sama, ia juga boleh mengubah cuaca bumi.

Satu perkara lagi, HAARP juga dikatakan boleh mengganggu keadaan emosi manusia.  boleh refer kat sumber-sumber seperti ini :

 
video kiri : 'Conspiracy theory with Jesse Ventura'
video kanan : 'Weather Warfare'

Persoalannya, kalau benar Amerika (baca : ZIONIS) yang buat tsunami (gempa bumi bawah laut atau letusan gunung berapi yang menyebabkan air laut bergelora teruk), kenapa akhir-akhir ni diorang nak buat gempa bumi dekat Jepun? 

Haaa.. ada la beberapa info yang agak logik aku dapat, yakni diorang nak jatuhkan ekonomi Jepun. Untuk membenarkan projek NWO ( new world order) berjaya, iaitu memusatkan bank dunia di Israel. Dulu, diorang letupkan WTC, jatuhkan matawang Amerika, (sama tujuan, selain tempoh tentera Dajjal memerintah dunia dari Amerika dah tamat). sekarang diorang jatuhkan matawang jepun pulak..

Setakat ni Amerika mempunyai 5 antenna besar yang serupa HAARP di seluruh dunia.

2- Aku ada baca satu buku ni, penulis tu kata ramalan pasal meteor akan jatuh ke bumi pada 2012. Bila jatuh je, bumi bergegar teruk la kan..lepas tu udara bumi akan tercemar teruk, sebab meteor tu besar. Then, dia relate kan surah Ad-Dukhan.

sekadar hiasan


Pasal meteor jatuh ni termasuk salah satu dari ramalan untuk 2012, selain pasal planet Nibiru nak lintas. Entah la…benda-benda macamni aku tak boleh nak komen banyak. Sebab, tak ada wahyu yang cerita pun.. tu bila ada orang relatekan jerebu (Ad-Dukhan) akan berlaku disebabkan meteor jatuh, maknanya macam dah ada kaitan dengan wahyu. So, aku macam terfikir kemungkinannya. Huhu.

mungkin masa tu lah pintu-pintu (stargate) bumi akan terbuka. dan dajjal mula masuk ke dimensi kita ( peringkat terakhir : 'hari-hari dajjal akan sama dengan hari-hari kita'.)

tambahan :

Aku terjumpa satu dokumentari dekat youtube (ya, aku memang suka cari info kat youtube! Haha)  bertajuk : MASON DI MALAYSIA. Yeah!



Dibawah nama ‘daamxlaws’ mamat ni buat dokumentari pasal freemasonary kat negara kita. Macamana projek Malaysia yang dirancang oleh british dulu. Aku teruja sebab banyak pelapis dokumentari maker yang lahir lepas zaman the arrival. :D


 (apa yang aku tulis, mungkin ada silap di mana-mana, maka sila betulkan kalau terdapat.. :p )




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...